Ya Allah seandainya dia tercipta untukku Kau satukanlah hati kami Kau terbitkanlah rasa cinta di hati kami untuk hari esok dan seterusnya..kekalkanlah kami hingga ke syurgaMu..Dan seandainya dia bukan dicipta untukku Kau kuatkanlah hati ku untuk aku melepaskannya demi bahagia yang dia cari...Ya Allah tiada lain selainMu tempat aku mengadu agar hati ini terus tabah menghadapi hari2 mendatang tanpa dia di sisi..amin
Tuhanku...Kau lembutkanlah hati dia untuk terima aku seadanya kerana aku tidak mampu hidup tanpa dia di sisiku...Ya Allah sesungguhnya hanya Engkau yang mampu membuka pintu hatinya untukku...
Duhai malam, kau bawalah rinduku ini untuknya yang jauh...biarpun tiada ruang untukku dalam hatinya tapi cukuplah sekadar desir angin yang singgah di telinganya untuk sampaikan rindu ini untuknya..
Sesungguhnya aku hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti untuk aku dan dia..
sanggup x korang kehilangan orang yg kita sayang? tak kan? x sanggup....tapi mcm mn orang yg Tuhan berikan ujian yg begitu berat..kuatkah dia utk teruskan hidup sedangkan org tersayang sudah melangkah..jauh..semakin jauh...Ya Allah...nauzubillah....kalau diri ini diberi ujian sebegitu ak x mampu utk menghadapinya...
waktu dia menggenggam tangan kita..seolah2 kita dan dia xakan terpisah apatah lagi berubah hati...waktu itu kita adalah org yg paling bahagia kan? tapi bila hatinya sudah tidak yakin dgn kita sekarang mcm mn?? apa perlu kita buat?? ke mana perlu kita melangkah?? hari2 hati menangis...hari2 hati berkira2 utk buat yg terbaik utknya..ambil balik hatinya..sebab hatinya milik kita bukan milik org lain...sebab kita isteri dia...tapi boleh ke nak paksa2 hati dia utk jatuh cinta sekali lagi?? Ya Allah..mcm mn nak teruskan hidup kalo tanpa dia..
kenapa mesti jadi mcm ni? knp mesti wujud org ke3? knp mesti ada guruh dan kilat semua ni...sebab kita insan biasa..kita bukan nabi bukan malaikat...kita diberi ujian dariNya...sedangkan pelangi itu hadir selepas hujan yang lebat dgn guruh yg kuat kan? jadi x akan kita sentiasa senyum bahagia selama2nya..mesti ada duka dan airmata utk mematangkan hidup...utk kita jadi kuat...
awk kuat sahabat...menangis x salah...berputus asa itu yang salah...jgn serik menadah tangan meminta jalan yang terbaik dariNya...Dia Maha mengetahui...sy juga doakan ada cahaya untuk awk dan dia nanti...

No comments:
Post a Comment