Thursday, October 6, 2011

'Ustazah Pilihan"- buat hati wanita tersentuh

masa mula2 iklan promo ustazah pilihan saya dan suami duk pertikai ape menda la nak ketengahkan wanita plak dengan dunia media, macam x relevan sbb kalo imam muda tu xpelah dah diorg lelaki nak buat ape pon x timbul fitnah...kalo dh wanita mesti la kena jaga aurat, maruah, sopan santun sume..ini mesti nak kena terlibat dgn fotoshoot la itu la ini la...mesti lagi banyak fitnah...

itu pendapat saya.....

tapi bila tengok episod 1 yg menampilkan 11 org peserta jap tadi rasa kagum, terharu, kerdil...sume bercampur..sebab diorang mmg penuh dgn ilmu di dada tambah dengan hadis dan riwayat nabi sume...boleh menitis airmata dengar lontaran hujah dr mereka...betapa kerdilnya saya...:(

'Didik Wanita, Terdidik Generasi' dia punya tagline mmg sgt kena...betapa bertuahnya mereka tergolong dlm kalangan yg boleh menghafal hadis nabi...saya?? setakat mengaji Quran boleh la...rasa betapa saya xtau ape2..

Kita semua saudara Islam iaitu 1 agama yg tak membezakan pangkat dan darjat...tapi kenapa dada kita kosong x seperti mereka??

Hujah peserta buat saya terfikir...Tuhan Ada bersama kita..x kira di mana...dlm keadaan susah atau senang..itu kita semua belajar dari tadika lagi...tapi hakikat dunia sekarang kita mencari Allah bila kita susah..bila senang sembahyang 5 waktu jadi 2 waktu...betul x? sy x menuding jari kepada sesiapa tapi muhasabah utk diri sendiri...sedangkan salah satu tanda akhir berlakunya kiamat ialah meringankan solat..kita tahu tapi hati berbisik 'alaaaa....xpe kang nanti solat Taubat'...Subhanaallah

Satu lagi hujah peserta...Wanita sebagai anak mestilah mentaati kedua ibu bapa, wanita sebagai isteri selalu melapangkan dan menyenangkan hati suaminya..dan wanita sebagai ibu mestilah mendidik anaknya menjadi soleh dan solehah...setakat mana taatnya kita pada ibu bapa? berapa kali kita meninggikan suara dan bermasam muka dengan suami? benda ni kita semua dh tahu kan?? dh sebati dlm diri cuma x buat je...

Tapi Tuhan sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita muhasabah diri dlm apa jua cara dan bentuk...semoga taubat kita diterima...semoga saya dan wanita2 di luar sana tergolong dalam wanita solehah...amin


1 comment:

Unknown said...

a ah betul tuh - lagik satu saya suka tgk rancangan Solehah kat TV AlHijrah - best gak

tabung Amani & Aira